Pages

Tuesday, 22 October 2013

siti hawa


Assalamualaikum








Setiap yang hidup
pasti akan merasai mati
YA !
tak dapat aku nafikan
aku juga akan merasai mati
tetapi 
aku tidak tahu bilanya aku akan merasai perihal tersebut
mungkin minggu depan,
mungkin esok,
mungkin sejam lagi,
atau mungkin sebentar sahaja lagi.
Siapa tahu.


ajal maut menjemput tak kira usia
tak kira samada sihat ataupun tengah sakit
apabila Allah dah tetapkan tarikh dan masa ajal kita
masa itu jugalah malaikat Izrail akan mencabut roh kita
tiada terlambat mahupun tercepat sesaat

begitupun,
Allah lebih sayangkan kamu Siti Hawa binti Rizal
17 Oktober 2013
genaplah 13 tahun kamu telah meninggalkan kami sekeluarga.
harapnya kamu damai di sana
menanti kami dipintu syurga
insyaAllah
sesungguhnya kami rindu padamu Hawa
:')

Hawa tinggalkan along waktu along masih kecil
tatkala along masih belum lagi mengerti dunia ini
along berumur 7 tahun tatkala itu
Hawa tinggalkan kami
tidak along pinta untuk Hawa tinggalkan along
tapi
Allah lebih sayangkan Hawa
mungkin ada hikmah disebalik pemergian Hawa
mungkin
insyaAllah
along dah lama tak ziarah pusara Hawa
tidak berkesempatan
insyaAllah bila along ada kelapangan
along akan ziarah pusara Hawa bersama mama, ayah, angah, abang, dan juga adik sekali
kita ziarah Hawa
tolong bersihkan pusara hawa
:')
insyaAllah Hawa insyaAllah


semoga Hawa damai dan tenang di sana :)
al-Fatihah

No comments:

Post a Comment