cintainya kerana atas dasar cinta pada yang Esa
itulah nilai cinta yang patut semua fahami & rasa
bila tercapai tahap cinta itu; ia jadi cinta luar biasa
baru tahu penangan teragung cinta punya kuasa
bukan berhyperbola kasihku setinggi banjaran titiwangsa
itu semua permainan mulut manis berbahasa
manisnya cinta begitu buat pasangan rasa selesa
bahagia datang berkoyan-koyan; hidup makin sentosa
kasih datang & pergi sentiasa
tapi jodoh datang sedikitpun tidak tergesa
No comments:
Post a Comment